PERASMIAN MASUK SEKOLAH

PERASMIAN MASUK SEKOLAH

Sabtu, 14 Ogos 2010

SEKOLAH BARU DAN IHYA' RAMADHAN

Alhamdulillah.. Tanggal 11 Ogos 2010 bersamaan 1 Ramadhan 1431H bersamaan Hari Rabu, SMK Desa Murni telah beroperasi di bangunannya sendiri. Dengan bilangan pelajarnya seramai 215 orang serta guru seramai 18 orang, segala kemudahan yang ada akan digunakan sebaik mungkin khususnya dalam meningkatkan bidang akademik serta kokurikulum. Insyaallah dengan apa yang ada sekarang ini, nama SMK Desa Murni akan menjadi buah mulut seluruh warga pendidikan di Negeri Pulau Pinang khasnya dan di Malaysia amnya sama ada dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.

Sempena bulan Ramadhan Al Mubarak ini juga, Program Ihya' Ramadhan telah dilancarkan dengan rasminya oleh Tuan Pengetua pada hari dan tarikh yang sama dengan kemasukkan ke sekolah baru ini. Semoga program ini akan memberi sedikit sebanyak kebaikan dan keberkatan kepada seluruh warga SMK Desa Murni. Amin